Friday 10 February 2012

HISTERIA!! Sekadar Coretan Mengimbas Kenangan Zaman Sekolah (utk ruangan Segmen Dari Alam Ghaib@KinabaluFM)

Dulu saya adalah seorang yg cukup penakut nda tau sy warisi sifat sebagai seorang yg penakut ..


Semasa sy berusia 14 thn sy bersekolah di SM St Michael,Sandakan dan dilantik menjadi seorang Ketua Pengakap di sekolah tersebut utk memangku jawatan tersebut disebabkan para senior sibuk menghadapi SPM. Sekitar thn 1998, Pasukan Pengakap kami mengadakan sebuah perkhemahan di sekolah dan pada program tersebut, selaku ketua Pengakap sy mengetuai utk semua aktiviti seselum dan semasa perkhemahan tersebut.


Bermula lah cerita........ Pendaftaran peserta perkhemahan akan bermula pada jam 2 ptg. Sebelum itu sy telah melantik 4 org yg kami gelarkan sebagai kuatermaster. 4 org tersebut ditugaskan utk mencari buluh utk dijadikan 'tower' (menara pemantau) yg bakal kami dirikan di pintu utama kawasan perkhemahan tersebut. Mereka pergi mencari buluh di belakang sekolah kawasan berhutan sedikit.

(sebelum di jadikan cerita, SMK St Michael kini berusia lebih 100 thn..Sejak zaman British menjajah borneo lagi sekolah tersebut telah terbina.Reka bentuk sekolah tersebut memang rekabentuk zaman British. Difahahamkan sebelum sekolah tersebut didirikan, ianya adalah tapak bekas hospital tentera jepun, kematian kah penggal kepala kah semuanya macam2 cerita sudah timbul..)


Bangunan lama bersejarah di SMK St Michael yang masih dikekalkan rekabentuknya..



info: http://www.facebook.com/pages/SM-St-Michael-Sandakan/467863965194


(sambung cerita) 4 orang yg diarahkan untuk mencari buluh tersebut mengalami sedikit masalah dimana mereka cuba utk menebang buluh tersebut terlalu sukar walaupun parang yg digunakan baru dan belum terpakai lagi.. huhuhuuu..... keringat si kawan. Ketua Quatermaster membaca bismillahirrahman hirahim .. barulah dapat menebang buluh tersebut dengan menetak sebanyak 2 kali sahaja. Semasa mereka ber-empat membawa buluh tersebut ke kawasan sekolah untuk mendirikan 'tower', mereka merasakan ianya terlalu berat.. Tapi mereka nie pindik pindik tagap..kuat jugak tue.......


Bila malam tiba......

Sedang saya lena tidur di bilik yang disediakan khas untuk para AJK, saya di kejutkan oleh salah seorang AJK mengatakan ada tetamu yang tidak diundang sedang mengintai kami dalam keadaan terhinjut-hinjut. Dalam keadaan mamai, saya lantas bangun dan cuba mengejar nda tau apa yang ingin dikejar. Tapi yg lucunya, saya memakai selipar di kaki kiri dan di kaki kanan saya pakai but (kasut kawad)

Tepat jam 1 pagi!! Saya mengarahkan petugas utk meniup wisel isyarat berkumpul di kawasan perhimpunan.. Dalam keadaan kelam kabut para peserta denga disiplin teramat ikut cakap, semua kelam kabut berkumpul.

"Scout...akan masuk baris.Yang tinggi di kanan, yang rendah dikiri!! Jadikan 1 barisan dalam kiraan 10, sapa lambat cium pukuk!!!" (command)


Macam-macam ragam dapat kelihatan...maklumlah baru bangun tidurkan! wakaaaakakaa.....siann...

Seperti kebiasaan aktiviti yang paling menyeronokkan kami dan aktiviti yang kami nanti-nantikan..Burung Pungguk atau lebih di kenali sebagai sayang sibuta. Mata ditutup dengan menggunakan skaf. Dengan makna, kami cuba menyerapkan pada para peserta bagaimanakah rasanya bila berada didunia kegelapan tanpa sebarang penglihatan.Dalam masa bersiap sedia, ada seorang AJK ni memakai 1 set telekung sambil memakai make-up. Memang mukanya macam hantu!! sebijik.... dengan niat untuk menakut-takutkan peserta yang cuba membuka skaf dimata..hahahahaa......Sambil itu juga saya sentiasa mengingatkan para AJK agar bergerak berpasang-pasangan. Jangan ganjil... Jangan jalan berseorangan atau bertiga, nanti ada kawan.

Para AJK membawa peserta ke kawasan yang sunyi dan gelap. Yang lucunya bila peserta diarahkan lompat, dia melompat kunun ada longkang padahal, wakakakaka....tiada pun...... selepas mengambil tempat masing-masing mereka tetap diawasi oleh para AJK yang bertugas di kawasan masing-masing.


Bermulalah episod selama beberapa minit kami tinggalkan mereka berseorangan sambil ditakut-takutkan dengan pelbagai bunyi..dalam pada itu, macam-macam bunyi yang kedengaran di malam yang sepi itu.. ada yang membaca surah-surah Al-Qur'an.ada juga yang menangis-nangis kecil.....Kunun-kunun ada yang membaca doa sampai doa makan pun di baca. wakaakaakaaka..... begitulah ragam mereka.

Dalam perjalanan saya bersama seorang rakan AJK menuruni anak tangga, tiba-tiba AJK yang memakai telekung tadi lalu melintas dihadapan kami. . Saya cuba menegur rakan tersebut kenapa degil berjalan berseorangan?? Tapi dia tunduk dan bisu tanpa melihat kami... Tidak lama kemudian, "cakkk..!!!" kami diserga pula oleh rakan yang memakai telekung tersebut dari arah belakang!! Dari arah belakang OK!!!! Dalam keadaan yang terkejut, "Ya...tuhan......." saya bersama rakan atau partner saya tadi terus terdiam. Jadi yang tadi tu???Urhhmm....

Yang tadi tu siapa??? Menjadi 1001 persoalan di fikiran saya mungkin begitu jua yang difikirkan oleh rakan saya itu. Dengan keadaan yang agak seram kami cuba menenangkan jiwa kami sendiri dengan apa yang kami perlu lakukan, diam dan jangan tegur.


Tidak lama kemudian, kami dikejutkan dengan 1 jeritan seorang peserta wanita yang terlalu kuat sambil menangis.

Keadaan menjadi cemas seketika seraya saya mengarahkan AJK menghidupkan suis lampu kesemuanya.. AJK membawa peserta wanita tersebut keluar dari kawasan tersebut yang berada berhampiran Makmal Sains. Kami sendiri maklum, dalam makmal tersebut ada bayi yang sudah diawet untuk dijadikan bahan ujikaji yang diletak dalam balang. Rupa-rupanya peserta wanita tersebut menjerit ketakutan disebabkan terdengar bayi menangis.

Sekali lagi meniup wisel tanda kecemasan...dan semua peserta membuka skaf yang dililit dikepala menutup mata mereka kembali ke kawasan perhimpunan.

"Scout....dari kiri nombor!!"

"1....2..3...4...5...6......blah..blah.............45...scout!!" Jerit ahli scout yang terakhir.

45?? Kurang seorang!!

Selepas mengenal pastu peserta yang tiada, kami bergegas ke kawasan dimana dia diletakkan tadi..

Wakakakakkaaa..........geli hati kami.Tidur rupanya dia.. Kami kejutkan peserta tersebut dan membawa dia keluar dari kawasan tersebut kunun kunun mahu diberikan hukuman iaitu denda. Dalam perjalanan ke kawasan perhimpunan,


"argghhhhhhhhhhhhhhh.........." kedengaran lagi 1 jeritan!

Sekali lagi kami berlari kearah kawasan perhimpunan dan mendapati salah seorang peserta histeria!!

Kami cuba berkomunikasi dengan si mangsa histeria ini tapi hanya yang keluar dari percakapannya ialah "kakak...kakak.......ku.... kakakku...tunggu!!" Rakan karib si mangsa memberitahu kami bahawa kakak beliau sudah meninggal!

Sebelum kejadian, rakan karib si mangsa berada bersebelahannya dan memberitahu rakan karibnya ini yang kakaknya memanggil si mangsa sambil melambai-lambaikan tangan. Walhal kakaknya itu sudah meninggal...


Kami tergamam........sedikit seram apabila salah seorang AJK berbisik pada saya mengatakan ada 2 orang berbaju hijau dan hitam yang tidak kelihatan wajahnya sedang berada di bawah pokok ara hadapan sekolah itu. Saya cuba memandang tapi tidak kelihatan..

Tiba-tiba salah seorang AJK lain pun ternampak kelibat yang dimaksudkan itu lantas melaungkan azan. Dalam pada masa yang sama, histeria berjangkit!! sebahagian dari peserta wanita telah mengalami histeria. Dan ada juga yang telah di rasuk. Bercakap dengan suara yang berbeza dan sukar difahami.

Tiada apa yang dapat kami lakukan sementara menunggu cikgu datang. Kami letakkan para peserta ke dalam surau untuk di perdengarkan surah-surah Al-Quran.

Cikgu datang bersama seorang ustaz.. Dan saya memulakan cerita semula apa yang berlaku dari petang tadi hingga kini.. Ustaz terkejut. "Mana buluh tu?"

"Tu..nah....tempat ustaz limpas tadi di pintu utama tu." jawabku sambil menunjuk kearah tersebut.

"Tiada pun.." jawab ustaz itu.

Sekali lagi saya tergamam dan berbisik didalan hati "Ya Allah..'tower' setinggi itu ustaz tidak nampak"

"Kalau betul, situ ada 'tower' tu, pulangkan buluh tu ketempat asalnya" arah ustaz itu.

Kami pun merobohkan 'tower' yang di perbuat dari buluh tersebut.


Dalam masa yang sama, berlaku kebakaran di Rumah Pandu Puteri yang tidak jauh dari kawasan itu. Bangunan tersebut berhadapan dengan BP Houes (Rumah Pengakap). Walaupun kebakaran itu tiada kena mengena dengan apa yang berlaku di subuh itu, tetapi Rumah Pandu Puteri dan BP House adalah bangunan yang berusia hampir 100 tahun juga dan tanda kedatangan pasukan Pengakap ke Sandakan. Kumpulan kami Pengakap 01 Sandakan SMK St Michael yang pertama diasaskan di Sandakan pada tahun 1927. Bangunan itu cukup bersejarah..seusia dengan bangunan Pandu Puteri yang hangus terbakar juga menjadi sejarah pada peristiwa yang menimpa kami pada malam tersebut.

Antara pencapaian awal Pengakap ialah melahirkan Pengakap Raja ( ketika itu dikenali sebagai Queen Scout ) dari St. Micheal, Sandakan pada tahun 1927 manakala ahli Pengakap Daniel Hiew dan Micheal Miao dari Kumpulan Pengakap Scared Heart, Jesselton merupakan Pengakap pertama yang telah menawan kemuncak Gunung Kinabalu iaitu pada tahun 1934.


O1 Sandakan (SM St Michael)-1923



Pengakap 01 Sandakan bergambar di Gerjea St Michael berhadapan SMK St Michael, Sandakan



P/S: [Kepada Para Pembaca] Cerita ini adalah yang benar-benar berlaku. Apa yang berlaku selepas itu, mungkin rakan-rakan yang terlibat boleh tolong habiskan cerita ini. Para peserta dan AJK pada program tersebut ada di-Tag kecuali cikgu-cikgu... Sebab seorang cikgu pun tidak percaya ianya berlaku walaupun kejadian histeria ini masih berlaku di sessi persekolahan.

waallahualam.....hanya tuhan saja yang tahu.


P/S : [Kepada DJ] Kupi-kupi dulu hah kalau becerita di radio..wakakakaka...panzangkan... tarik napas dalam-dalam bro0....


P/S: [Kepada Kawan-Kawan yang Terlibat] Biarlah cerita ini kita kongsikan bersama di Radio KinabaluFM sebagai cerita yang kita pernah alami bersama zaman remaja zaman kenakalan kita sampai camping haram di hutan. Tapi semua itu kita semua lalui bersama-sama lebih dari 10 tahun yang lepas. Always Friend Forever All .. Seperti Scouting Forever (Berpengakap Selamanya) Walaupun kita semua sudah berpecah tapi dihati masih berpengakap.. Miss U All!!